Wednesday, December 1, 2010

Aku Sayang Kamu

Setelah sekian lama tidak berjumpa, akhirnya saat itu tiba.
Apa yang terjadi, tidak seperti yang diharapkan.
Mulut tak mampu melafazkan, hanya tulisan menjadi pengganti diri.


Dulu, kau seorang yang hebat!
Dulu, kaulah pembimbingku di kala kujatuh lemah tak berdaya!
Dulu, aku bangga menjadi sang setia menunggu hari2 mendatang, kerana kuyakin kau tetap sama seperti dulu!

Kini???
kenapa telah berubah?
Seronok sangat ke bertemankan insan ajnabi?
Hebat sangatkah cintamu padanya, hingga kau tak takut lagi azab Allah?
Sayang, aku benar2 kecewa dengan keadaanmu!

Apa gunanya aku andai sahabat yang kusayang tak mampu kunasihatinya?

Maaf aku tak sebaik yang kausangka sahabatku.
Namun aku tetap menanti, dan akan terus menunggu dirimu yang dulu.

BERHENTI BUAT MAKSIAT, itu je yang kutunggu



Ringkas jawapannya
Andai itu jawapanmu,
Maafkan aku selamanya...



Kataku lagi,

Kau boleh berubah, dan aku tetap menunggu kejayaanmu itu.

Kaumarah kerana kata2ku itu?

Memang caraku tak berhemah, tapi aku tetap sayangkan kau
dan kuharap dengan sayangku ini, kau akan mengerti kenapa aku lakukan, kenapa kukatakan begini

Aku sayang, aku takut, aku bimbang
Aku juga ingin bersama sama dengan mu pada hari kiamat (dalam syurga nanti)

Aku tak ingin singgah di neraka, aku juga tak ingin kau singgah di sana, kuharap kau memahami

Apabila cara tak kena, mungkinkah hasilnya akan bahagia???



Mungkin dia mengerti perasaanku, lantas katanya
Aku faham setiap katamu,
Aku juga mengerti engkau sayangkan aku,
Tak pernah aku memarahimu kerana aku tak layak untuk marah padamu...Terima kasih atas segala nasihat darimu
Yang pasti aku akan berubah, cuba melakukan apa yang kamu nasihatkan, kerana aku juga ingin ke sana dalam keadaan yang diredhaiNya..



Gembiranya andai kata2ku benar2 difahami, lalu kukatakan padanya
Bahagianya hati kerana kau memahami setiap bait bicaraku.
Kini giliran kau diuji, pasti di masa depan aku juga akan diuji.
Sementara aku masih diberi kesedaran, aku ingin mengajakmu ke arah yang lebih baik, agar nanti kau juga bisa membimbingku di kala aku terjatuh dalam kemaksiatan.

Kita diberi pilihan, sememangnya kita diberi pilihan.
Maka pilihlah yang terbaik, kerana hanya yang terbaik itu wajib kau pilih.

Aku ingin berjumpa denganmu lagi, namun aku bimbang andai aku kecewa, maka untuk sementara waktu ini, aku mohon untuk menyendiri, kerana aku takut andai aku kecewa lagi.

Maafkanku sahabat, semoga pertemuan mendatang hanya membahagiakan



Ini mungkin janjinya
InsyaAllah, aku juga takut untuk mengecewakan kamu, ingatlah, aku bukan seperti yang, yang memarahi kamu saat kamu mengajakku ke arah itu, aku tetap akan sayangkan kamu andai kamu sedikit terganggu dengan aku, aku faham kerana kita berasal dari tempat yang sama ketika dulu, sudah pasti aku akan memberikan kamu ruang sebanyak yang kamu inginkan..Semoga kita berjumpa lagi andai aku masih diberi kesempatan olehNya...Amin


Akhir bicara
Kunantikan saat itu

No comments:

Post a Comment