Thursday, December 2, 2010

Surat ini untuk dia

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.


Ba’da tahmid dan shalawat…


Syukur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.


Akhi, rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih darimu. Yang Tidak Pernah Mengantuk dan Tidak Pernah Tidur. Yang siap teres menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan disepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apa yang kupinta. Ia yang Bertakhta, Berkuasa dan Memiliki Segalanya.


Maaf akhi, tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding dengan Dia. Kau sangat lemah, kecil dan kerdil dihadapanNya. Ia berbuat apa sahaja sekehendaknya kepadamu..dan akhi, aku khawatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal,Ia Maha Kuasa, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.


Akhi, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti ditanyakan olehNya. Ia bisa marah, akhi. Marah tentang saling pandang memandang yang pernah kita lakukan, marah kerana setitik sentuhan kulit kita yang belum halal itu, marah kerana satu ketika dengan terpaksa aku harus membonceng motormu, marah kerana pernah ketetapanNya aku adukan padamu atau tentang lamunanku yang selalu membayangkan-bayangkan wajahmu. Ia bisa marah. Tapi sekali lagi, semua belum terlambat. Kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang semoga Ia mahu Memaafkan dan Mengampuni.


Akhi, Ia Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.


Akhi, jangan marah ya. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku hanya padaNya, tidak pada selainNya. Tapi tidak cuma aku, akhi. Kau pun bisa menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. InsyaAllah. Dia punya rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang wanita solehah. Ya, wanita solehah yang pasti jauh lebih baik dari diriku saat ini, Ia yang akan membantumu menjaga agamamu, agar hidupmu senantiasa dalam kerangka mencari redho Allah dalam ikatan pernikahan yang suci. Inilah doaku untukmu, semoga kaupun mendoakanku, akhi.


Akhi, aku akan segera menghapus namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini. Tapi,aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara dijalan Allah. Ya, saudara dijalan Allah, akhi. Itulah ikatan terbaik. Tidak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin didunia. Tidak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah ditelaganya, lalu beliaupun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari krim beku..


Maaf akhi, Tidak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini merosakkan hati. Goresan pena terakhirku disurat ini adalah doa keselamatan dunia dan akhirat sekaligus tanda akhir dari hubungan haram kita, insyaAllah.



Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


P/s: dipetik dari blog
http://mysyahadah.blogspot.com

Wednesday, December 1, 2010

Aku Sayang Kamu

Setelah sekian lama tidak berjumpa, akhirnya saat itu tiba.
Apa yang terjadi, tidak seperti yang diharapkan.
Mulut tak mampu melafazkan, hanya tulisan menjadi pengganti diri.


Dulu, kau seorang yang hebat!
Dulu, kaulah pembimbingku di kala kujatuh lemah tak berdaya!
Dulu, aku bangga menjadi sang setia menunggu hari2 mendatang, kerana kuyakin kau tetap sama seperti dulu!

Kini???
kenapa telah berubah?
Seronok sangat ke bertemankan insan ajnabi?
Hebat sangatkah cintamu padanya, hingga kau tak takut lagi azab Allah?
Sayang, aku benar2 kecewa dengan keadaanmu!

Apa gunanya aku andai sahabat yang kusayang tak mampu kunasihatinya?

Maaf aku tak sebaik yang kausangka sahabatku.
Namun aku tetap menanti, dan akan terus menunggu dirimu yang dulu.

BERHENTI BUAT MAKSIAT, itu je yang kutunggu



Ringkas jawapannya
Andai itu jawapanmu,
Maafkan aku selamanya...



Kataku lagi,

Kau boleh berubah, dan aku tetap menunggu kejayaanmu itu.

Kaumarah kerana kata2ku itu?

Memang caraku tak berhemah, tapi aku tetap sayangkan kau
dan kuharap dengan sayangku ini, kau akan mengerti kenapa aku lakukan, kenapa kukatakan begini

Aku sayang, aku takut, aku bimbang
Aku juga ingin bersama sama dengan mu pada hari kiamat (dalam syurga nanti)

Aku tak ingin singgah di neraka, aku juga tak ingin kau singgah di sana, kuharap kau memahami

Apabila cara tak kena, mungkinkah hasilnya akan bahagia???



Mungkin dia mengerti perasaanku, lantas katanya
Aku faham setiap katamu,
Aku juga mengerti engkau sayangkan aku,
Tak pernah aku memarahimu kerana aku tak layak untuk marah padamu...Terima kasih atas segala nasihat darimu
Yang pasti aku akan berubah, cuba melakukan apa yang kamu nasihatkan, kerana aku juga ingin ke sana dalam keadaan yang diredhaiNya..



Gembiranya andai kata2ku benar2 difahami, lalu kukatakan padanya
Bahagianya hati kerana kau memahami setiap bait bicaraku.
Kini giliran kau diuji, pasti di masa depan aku juga akan diuji.
Sementara aku masih diberi kesedaran, aku ingin mengajakmu ke arah yang lebih baik, agar nanti kau juga bisa membimbingku di kala aku terjatuh dalam kemaksiatan.

Kita diberi pilihan, sememangnya kita diberi pilihan.
Maka pilihlah yang terbaik, kerana hanya yang terbaik itu wajib kau pilih.

Aku ingin berjumpa denganmu lagi, namun aku bimbang andai aku kecewa, maka untuk sementara waktu ini, aku mohon untuk menyendiri, kerana aku takut andai aku kecewa lagi.

Maafkanku sahabat, semoga pertemuan mendatang hanya membahagiakan



Ini mungkin janjinya
InsyaAllah, aku juga takut untuk mengecewakan kamu, ingatlah, aku bukan seperti yang, yang memarahi kamu saat kamu mengajakku ke arah itu, aku tetap akan sayangkan kamu andai kamu sedikit terganggu dengan aku, aku faham kerana kita berasal dari tempat yang sama ketika dulu, sudah pasti aku akan memberikan kamu ruang sebanyak yang kamu inginkan..Semoga kita berjumpa lagi andai aku masih diberi kesempatan olehNya...Amin


Akhir bicara
Kunantikan saat itu

Sunday, November 28, 2010

Sekadar makluman

Buat sahabat yang mengikuti blog ana, mohon maaf kerana teramat lama ana tidak update blog ana.

Sahabat, sebenarnya ana ada 2 blog
http://husniyahthon.blogspot.com
(direka masa dok USIM)

http://taklifatummah.blogspot.com
(direka masa dok UM)

Mohon sahabat dapat mengikuti kedua2 blog ana, semoga ianya bermanfaat.

Thursday, November 25, 2010

Saat-saat terakhir!

Ya Allah, apa yang berlaku sekarang Ya Allah?

Aku hilang arah, fikiranku buntu, kenapa semuanya berlaku begini?

Ya Rahman, aku makin pening memikirkan apa yang terjadi.

Ya Rahim, damaikanlah hati-hati hambaMu ini,
kami lemah ya Allah, teramat lemah untuk menyelasaikan masalah yang dihadapi.

Ya Karim, tanpa pertolonganMu, kami makin hanyut.

Ya 'Azim, Kau bimbinglah kami, campakkanlah hidayahMu ke dalam hati kami ini.

Ya Latiff, jangan Kau birkan kami begini, tolonglah kami ya Tuhan.

Ampunkan dosa-dosa kami.

Amin Ya Rabbal 'alamin

Sunday, October 17, 2010

Andaiku pergi dulu

Ya Allah Ya Rahman
Aku amat menyayangi ibuku
Aku tahu ibuku hanyalah pinjaman dari MU
Bila2 masa saje Kau berhak mengambilnya semula
Tapi aku hanya seorang hamba yang lemah

Ya Allah
Andai Kau izinkan, ingin kubalas segala jasanya
Tak ingin lagi kulihat hidupnya susah
Aku ingin membahagiakannya
Izinkanlah hambaMu ini kesempatan waktu untuk berbakti padanya

Ya Karim
Namun seandainya aku pergi dulu sebelumnya,
maka kuharap Kau jagalah dia sebaiknya
Kerana kutahu Kau lah sebaik2 penjaga

Wednesday, October 6, 2010

Aku lalai lagi

Ya ALLAH, aku pernah minta dari MU, agar laptopku dapat internat, dan KAU izinkan.

YA RAHMAN, hari ini aku lalai dari mengingati MU, dalam solatKU, apa yang ada hanya FB, bukan lagi al-Quran.

YA ZALJALALI WAL IKRAM, KAU sedarkanKU dengan alunan kalamMU surah al-Hadid ayat 16, KAU tanya, belum tiba lagikah masa untuk KUkhusyu' mengingatiMU???


Ya RAHIM, aku malu, segala pemberianMU, jarang kusyukur, maafkan kesilapan hambaMu ini

Thursday, August 19, 2010

Tanzil : Quran Navigator

Alhamdulillah
Hari ini ada satu software tentang al-Quran, ada terjemahan pelbagai bahasa
Taip je http://tanzil.info/
Nak download pun boleh, baca FAQ dia punya

Tanzil : Quran Navigator

Friday, August 13, 2010

Rahmat ALLAH

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH pada Ramadan kali ini, aku diberi peluang untuk melaksanakan ibadat puasa di UM. Awal Ramadan bertarawih di atas tren. InsyaALLAH 17 Ramadan aku akan pulang untuk meraikannya bersama ibu tercinta.

Ya Allah, aku bersyukur padaMU atas ni'mat yang KAU berikan padaku ini. Dengan pertolonganMU aku ditempatkan di pelbagai tempat untuk tarawih, alhamdulillah.

Ya Rahman, aku bersyukur kerana KAU izinkan aku mengenali beberapa orang sahabat di sini. Syahida (masa itu milik ALLAH), Irna (Khadijah baru), Fasihah (Hafizah aktif), Musyaiyadah (pentadbir Muslimah), Izati (penyebar ilmu), Maziah (saintis Islam) dan banyak lagi.

Ya Rahim, izinkanlah kami mendapat rahmat kasih sayangMu ya Allah. Ya ZalJalali WalIkram, satukan kami di syurgaMu nanti, amin

Tuesday, July 20, 2010

MUSUH KITA

Kita manusia yang bergelar mu'min muslim sebenarnya dikelilingi oleh musuh2; Ada yang kita nampak contohnya orang KAFIR yang menginginkan kejatuhan Islam, orang MUNAFIQ yang iri hati dengan kejayaan kita. Ada juga musuh yang kita tak nampak, seeperti SYAITAN yang tak pernah putus asa menjahanamkan kita. Selain itu, dalam diri kita juga ada NAFSU yang tunggu masa untuk memberontak. Sedarlah wahai diri!

Saturday, May 1, 2010

PERASAAN SEORANG MUSLIMAH ITU..

PERASAAN SEORANG MUSLIMAH ITU..

Hindarilah dari berperasaan cemburu, hasad atau iri hati yang ada dalam diri malah tanamlah sifat bersyukur dengan apa yang Allah beri. Kenapa mesti ada sekelumit perasaan cemburu melihat orang lain bahagia? Bagaimana bahagia yang anda maksudkan. Bahagia yang diredhai Allah atau bahagia yang dimurkai Allah? Pilih antara dua itu. Jika anda ingin bahagia yang diredhai Allah, bersyukur dengan kurniaan dan nikmat yang Allah limpahkan.

“Ya Allah, cemburunya, sahabat semua sudah berumah tangga, sudah berjumpa dengan pasangan mereka. Pasangan yang telah ditulis Allah di luh mahfuz dulu. Tetapi kenapa aku belum berjumpa dengan pasanganku”

Keinginan untuk bercinta meluap-luap dalam diri. Kenapa ya Allah? Aku ini tidak lakukah? Aku ini tidak cantikkah? Aku ini tidak ada yang berkenankah? Aku ini sangat memilihkah? Serabut-serabut dengan semua persoalan ini.

Termenung panjang. Adakala tangisan menemani diri saban hari. Berusaha untuk tidak menyerabutkan lagi fikiran, diri ini berusaha berwuduk dan solat sunat dua rakaat dan dipanjangkan dengan membaca al-quran.

" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
(Surah Ali 'Imran: ayat 139.)

Jika kamu orang-orang yang beriman!

Hati tersentak membaca terjemahan ayat ini. Ya, aku tidak boleh lemah dan bersedih hati. Aku mesti kuatkan diri, tekadkan hati dalam melawan nafsu sendiri. Aku tidak boleh macam ni. Bersangka baiklah dengan Allah. Mungkin sekarang aku belum diuji dengan cinta lelaki kerana Allah mahukan aku mempersiapkan diri dengan perkara-perkara lain yang lebih muhim dan aula.

Ya, aku mesti!!

Azam muslimah itu?

Aku sebagai seorang pelajar, harus menumpukan perhatian kepada pelajaran, beradab dengan guru, berkomunikasi dengan tertib bersama mereka, berlapang dada jika mendapat teguran atau kritikan, aku mesti menghabiskan pengajian dengan segera dan mengambil segala peluang dan kutiplah segala manfaat dan ibrah yang ada dalam tempoh ini. Insya Allah. Tekadkan hati!

Aku sebagai seorang anak, hendaklah berusaha menjadi penyejuk mata yang terbaik buat keluargaku. Menjadi anak yang solehah yang diidamkan oleh semua ibu bapa. Aku mesti elakkan diri dari membuat mereka runsing dan risaukanku tapi sebaliknya membuat mereka menarik nafas lega melihat aku dapat berdikari dan mampu menguruskan diri dengan baik.

Aku sebagai seorang kakak mesti sedaya upaya menjadi role model kepada adik-adikku yang lain, sebagai pemberi semangat dan galakkan kepada mereka agar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Aku juga mesti bersabar dalam melayan karenah adikku yang pelbagai ragam. Walaupun dah besar dan mampu berfikiran matang tetapi perhatian terhadap sifat ingin tahu mereka perlu dilayani dan penuhi.

Aku sebagai seorang adik kepada abangku dan kakak-kakakku, hendaklah menjadi adik yang baik dan menurut kata. Abang dan kakak yang banyak berkongsi ilmu. Abang dan kakak yang mempercayaiku. Abang dan kakak yang selalu memberi kata-kata semangat tika aku gagal, abang dan kakak yang sentiasa menegur dan menasihati ketika aku alpa dan terlalai. Abang dan kakak yang sentiasa berusaha menjawab segala permasalahanku tidak kira waktu dan ketikanya berkaitan hukum hakam agama. Abang dan kakak yang tidak pernah mengecewakanku apatah lagi emak dan abah.

Aku sebagai seorang perempuan, seorang anak gadis, sudah layak digelar wanita barangkali dan lebih manis disebut muslimah, haruslah berusaha mensolehahkan diri sendiri dahulu, sedaya upaya mempelajari perkara-perkara yang berkaitan dengan wanita, memahami kehendak wanita, meneladani wanita muhajirin dan ansor, begitu juga para isteri sahabiah, para ummuhatul mukminin, para ahli sufi di kalangan wanita dan tokoh-tokoh wanita islam yang beriman. Aku pasti kan berusaha sedaya upaya menjadi nisa’ yang dikehendaki Allah dan Rasul. Muslimah yang diiktiraf Allah di dunia dan di akhirat. Bakal bidadari di syurga nanti. Insya Allah..

Aku sebagai hamba Allah yang mana telah berikrar dan berjanji didalam solatku bahawa “sesungguhnya hidupku, ibadahku dan matiku hanya untuk Allah”. Aku hendaklah berusaha untuk menjadikan diri sebagai muslimah yang beriman lagi solehah. Bukan secara zahir semata-mata tetapi jiwaku, rohaniku, hatiku mesti kuat dan dipenuhi dengan taqwa kepada Allah.

Doa

Mampukah aku untuk melaksanakan azam ini?

Thabatkah aku untuk menelusuri jalan ini?

Doa hamba yang hina ini,
“Ya Allah, istiqamahkanlah diri hambaMu dalam menjalankan perintahMu, hambaMu yang selalu lupa dan alpa dengan dunia, yang banyak mengejar dunia dari kehidupan abadi di akhirat sana, hambaMu yang menyangka bahawa manisnya melakukan dosa dan pahitnya mengerjakan pahala, hambaMu yang terlalu jauh dari Redha sang Pencipta, hambaMu yang sentiasa resah dengan dosa, hambaMu yang lemah dan hina, ampunkan hambaMu ini Ya Allah, hambaMu yang hina ini memohon dengan rasa rendah diri dan penuh kesayuan dijiwa agar campaklah taufik dan hidayahMu yang termahal itu kepada hamba, agar hamba berusaha untuk mengejar RedhaMu dan memperolehi Cinta agungMu”
amin ya Rabbala’lamin..

*Luahan ini tidak ada kaitan dengan mereka yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia, sekiranya ada mungkin ianya secara kebetulan sahaja. Wallahualam.
~ Qurratun Ain ~

Thursday, April 29, 2010

Salahkan adat pelajar sekarang???

Setakat ilmu yang dipelajari, Syaitan tidak akan membiarkan manusia hidup dengan aman. apatah lagi kalau seorang itu seorang mu'min.

Seboleh mungkin Syaitan akan cuba untuk melalaikan kita dari melaksanakan ibadah kepada Allah. AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR sekarang hampir tiada. Kerana ramai di kalangan kita sudah terlupa tanggungjawab yang sebenar.

Seorang penuntut ilmu ALLAH hendaklah membersihkan hatinya dari segala bentuk maksiat. Tetapi apa yang kita dapat lihat sekarang, maksiat couple terutamanya seolah2 telah menjadi budaya. TETAPI BUDAYA MAKSIAT!!! macammana nak dapat ilmu yang berkat kalau hati sudah berkarat???

Cinta memang fitrah, tetapi cinta yang tidak disertakan dosa itulah cinta sejati. Gewe tidak menjanjikan kita untuk hidup bahagia. Ramai yang menggunakan alasan "orang ni memang calon teman hidupku dan aku ingin menjadikan dia suami@isteri yang baik". Tetapi kalau sebelum kahwin kita dah campur aduk maksiat dalam hidup, apakah itu tanda kita akan mendapat hidup bahagia haqiqi mengikut syariat ILAHI???

Mencari jodoh memang ada dalam ISLAM, caranya juga telah dinyatakan. Bagaimana cara??? Menggunakan orang tengah, itu sebaik2 cara... elak fitnah dan hati lebih tenang.

ALLAH dah tentukan jodoh untuk kita, jangan risau, yakinlah dengan ketentuan ALLAH, itulah sebaik2nya.

Isteri solehah hanya untuk suami soleh, begitulah sebaliknya. Tetapi kalau kita sendiri tak baik, mungkinkah kita akan dapat yang baik??? Fikir2kan, semoga kita mendapat cinta insani juga redha RABBI

Monday, April 19, 2010

Maafkanlah daku

Ya ALLAH, hambaMU ini telah banyak melakukan dosa padaMU. Tidak banyak amal yang kubuat, tetapi tidak sedikit dosa yang telah kulakukan.

Ya ALLAH, kuharapkan kasih sayangMU, kutahu diri ini tidaklah yang terbaik, tetapi kuharap ENGKAU masih sudi menyayangi hambaMU ini.

Aku sedar aku ini hambaMU yang sering melupaiMU, tetapi Ya ALLAH, janganlah KAU melupakan daku ini. Ampunkan segala salah silap hambaMU ini.

Ya SALAM, selamatkanlah diri ini dari segala noda dan dosa.

Ya RAHMAN, berikanlah daku nikmat kasihMU semasa di dunia ini, dan juga kurniakanlah maghfirahMU semasa di akhirat sana nanti.

Aku tahu KAU maha pengampun, KAU maha penyayang, maafkanlah semua hambaMU Ya ALLAH, aamin

Tuesday, April 6, 2010

Kemusykilan

Ada sekurang2nya dua insan bertitlekan junior yang mengajar erti kehidupan. Gaya mereka, mesejku tak dibalas, panggilanku tidak dijawab. terseksa rasanya diuji sebegini. tak pe la, rela tapi bukan redha pada masa tu. tapi setelah sekian lama, aku mengerti... apa yang boleh dipelajari dari mereka ini ialah, jangan mengharap kepada sesuatu yang tak pasti... baik sangka pada semua umat sejagat... kukirimkan sayap putih untukmu adik2ku, hanya doa yang mampu kuberikan padamu... mungkin hanya itu saja... semoga bahagia kita semua buat selamanya....amin ya Rabb

Saturday, April 3, 2010

percaya diri berjaya

Assalmualaikum
kita pernah berjaya, berjaya terpilih untuk menjadi khalifah.
kita juga berjaya, berjaya mempertahankan iman dan Islam sehingga kini, alHamdulillah.
kita akan berjaya, andai akhir hayat nanti dapat mengucap LAILAHAILLALLAH.
percayalah pada kemampuan diri dan juga pada sifat pemurahnya RABBI.

Thursday, April 1, 2010

Hidup tanpa diuji???

Andai kumampu, akan kuteruskan perjuangan ini hingga ke akhirnya
Andai kumengerti, pasti ku tidak mengeluh lagi
Andai ku tak diuji, mampukah ku menilai haqiqat kemampuan diri???

Terlalu banya 'andai' sebenarnya dalam hidup ini

Aduhai hati, jangan sesekali kau mengaku kalah, jangan kau tewas dengan ujian, berjuanglah sampai ke akhirnya...kerana kau mampu laksanakan impian itu

Hidup ini satu pengembaraan menuju satu destinasi yang pasti
Kita lah pemandu itu, pandulah hidup ini dengan penuh yakin, jangan sesekali gementar
Yakin diri adalah refkesi yakin kita pada Rabbi

Monday, March 22, 2010

Ujian itu pelbagai

Apa khabar duhai hati??
sudah penat diuji Ilahi??
Ya Allah, hambaMU ini sangat lemah, lemah untuk memahami rahsia di sebalik pelbagai ujianMU
Ya Rahman, ketika ku diuji dengan kesakitan, aku menyedarinya dan kadang2 aku mengeluh
namun ketika aku diuji dengan nikmat kesihatan, aku semakin lalai
Ya ALLAH bimbinglah daku untuk memahami rahsia kasih sayangMU ini ya ALLAH
Ya ALLAH Kau jangan biarkan aku membimbing diriku ini untuk terus beribadat padaMU

Sunday, February 28, 2010

Sakit Itu Kifarah Dosa

ALLAH telah berikan kita ni'mat yang pelbagai
Ramai yang menyedarinya, namun sedikit yang mensyukuri
Ni'mat sihat digunakan untuk berbuat sesuatu sesuka hati (Sepatutnya digunakan untuk buat kebaikan sahaja)
Sakit juga ni'mat jika kita menghayatinya... macammana??? dengan adanya sakit, kita selalu merasakan diri ini lemah, dan apabila lemah, kita perlukan yang kuat, yang maha kuat itulah PENCIPTA
maka ketika sakit juga lah kita rasa 'kehambaan' itu
Sakit adalah Kifarah dosa lalu (Kata Pengarah Tahsin 4)
Betul tu, kita banyak buat dosa tetapi jarang bertaubat
so, ALLAH ingin ringankan bebanan dosa kita dengan menganugerahkan sakit
Apabila sakit, sabarlah, juga kena ikhtiar, baru tawakkal
Apabila sihat, syukurlah

Thursday, February 25, 2010

Kasimu IBU & Sayangmu AYAH

Ayah??? susah untuk berbicara denganmu ayah, kerana dirimu telah pergi dari dunia yang fana ini...
Kupasti hanya di dunia kita berpisah sementara sahaja untuk hidup kekal buat selamanya di Syurga yang kekal abadi, ini doa harapanku Ya ALLAH

IBU??? Ya masih ada peluang untuk kumendapatkan kunci Syurgaku, melalui baktiku padamu ibu!!!
Ya ALLAH KAU izinkanlah aku untuk sempat berbakti pada dia yang telah banyak sangat menumpukan kasih mencurahkan sayang padaku

Kurindukan pertemuan dengan insan2 ini di alam yang kekal SANA, Amin

Sunday, February 21, 2010

Inilah yang dikatakan kasih sayang

tertanya2 kenapa diriku diuji di kala bersendirian di sini???
kenapa tidak ketika ku bersama teman seperjuangan???
seandainya aku diuji kala itu, pasti ada yang mengerti
andai kala itu diduga, mungkin mereka memahami
andai, andai dan andai lagi
bisakah kuundur??? pasti tidak
tika kubuntu, kumencari teman sejati, teman yang memahami, ada yang mengerti, ada yang memhami, syukurku padaMU YA RABBI
melalui mereka, ku tak merasa sepi, adanya mereka, hidupku lebih bahagia kini
terima kasih teman @ lebih tepat lagi adik2 pengarah tahsin 3&4, Syafinaz juga Hidayah
Ujian ini menghadiahkan kasih sayang
Doaku moga dirimu dilindungi ALLAH

Friday, February 12, 2010

Nukilan Hati tentang Couple

Duhai sahabat,
Kita punya hati, ya
jaga hati kita baik2, jangan sekali2 terfikir untuk ber'couple'
tak kira la dengan sape, sape pun, hatta ustadz ustadzah pun ada yang terjerat
Ingat sahabatku, SYAITAN ITU TERLALU LICIK TIPU DAYANYA, awas

Thursday, February 11, 2010

Satu Cerita

Seorang teman yang kukenal seketika dahulu, dia adalah seorang sahabat yang sangat memberi kesan dalam hidupku.
satu ketika, kuminta untuk berjumpa dengannya, namun dia menolak, katanya IF I DO IT, YOU WILL ASK YOURSELF TO DO IT AGAIN.
masa tu, memang amat sedih (terasa macam frust), namun selepas masa berlalu, diriku mengerti bahawa itulah yang terbaik buatku. Aku tidak sepatutnya bergantung dengan makhluq, itulah yang kudapat dari seorang sahabat, syukran Atiqah&Siti Mardhiyah dari FST.

surah palsu

Saudaraku, pernah tak kita terfikir untuk melawan sesuatu yang sememangnya tiada tandingan???
Begitulah sikap orientalis musuh Islam yang selalu ingin mencabar Islam.
1 Jan 1998, akbar Berita Harian telah melaporkan wujudnya surah2 palsu, jadi sahabatku, berhati2lah ketika melayari internet, kerana surah palsu ada di sana.
Antara surah yang direka الوصايا، الإيمان، المسلمون dan التجسد
Ingatlah sahabat, mereka kuffar tidak pernah seng hati melihat keindahan Islam.
Assalamualaikum
Selamat bersua di alam maya lagi fana ini
Apa khabar imanmu??? Opss, bukan, apa khabar imanku???
Sudah lama tiada khabar dari dalam diri, mungkin sakit dibebani dosa
Ya Salaam, selamatkanlah hati ini dari tipu daya godaan musuhMU
Wahai teman, betulkan diri, persiapkan jiwa untuk kembali ke dunia yang kekal abadi
Wassalam