Thursday, April 29, 2010

Salahkan adat pelajar sekarang???

Setakat ilmu yang dipelajari, Syaitan tidak akan membiarkan manusia hidup dengan aman. apatah lagi kalau seorang itu seorang mu'min.

Seboleh mungkin Syaitan akan cuba untuk melalaikan kita dari melaksanakan ibadah kepada Allah. AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR sekarang hampir tiada. Kerana ramai di kalangan kita sudah terlupa tanggungjawab yang sebenar.

Seorang penuntut ilmu ALLAH hendaklah membersihkan hatinya dari segala bentuk maksiat. Tetapi apa yang kita dapat lihat sekarang, maksiat couple terutamanya seolah2 telah menjadi budaya. TETAPI BUDAYA MAKSIAT!!! macammana nak dapat ilmu yang berkat kalau hati sudah berkarat???

Cinta memang fitrah, tetapi cinta yang tidak disertakan dosa itulah cinta sejati. Gewe tidak menjanjikan kita untuk hidup bahagia. Ramai yang menggunakan alasan "orang ni memang calon teman hidupku dan aku ingin menjadikan dia suami@isteri yang baik". Tetapi kalau sebelum kahwin kita dah campur aduk maksiat dalam hidup, apakah itu tanda kita akan mendapat hidup bahagia haqiqi mengikut syariat ILAHI???

Mencari jodoh memang ada dalam ISLAM, caranya juga telah dinyatakan. Bagaimana cara??? Menggunakan orang tengah, itu sebaik2 cara... elak fitnah dan hati lebih tenang.

ALLAH dah tentukan jodoh untuk kita, jangan risau, yakinlah dengan ketentuan ALLAH, itulah sebaik2nya.

Isteri solehah hanya untuk suami soleh, begitulah sebaliknya. Tetapi kalau kita sendiri tak baik, mungkinkah kita akan dapat yang baik??? Fikir2kan, semoga kita mendapat cinta insani juga redha RABBI

Monday, April 19, 2010

Maafkanlah daku

Ya ALLAH, hambaMU ini telah banyak melakukan dosa padaMU. Tidak banyak amal yang kubuat, tetapi tidak sedikit dosa yang telah kulakukan.

Ya ALLAH, kuharapkan kasih sayangMU, kutahu diri ini tidaklah yang terbaik, tetapi kuharap ENGKAU masih sudi menyayangi hambaMU ini.

Aku sedar aku ini hambaMU yang sering melupaiMU, tetapi Ya ALLAH, janganlah KAU melupakan daku ini. Ampunkan segala salah silap hambaMU ini.

Ya SALAM, selamatkanlah diri ini dari segala noda dan dosa.

Ya RAHMAN, berikanlah daku nikmat kasihMU semasa di dunia ini, dan juga kurniakanlah maghfirahMU semasa di akhirat sana nanti.

Aku tahu KAU maha pengampun, KAU maha penyayang, maafkanlah semua hambaMU Ya ALLAH, aamin

Tuesday, April 6, 2010

Kemusykilan

Ada sekurang2nya dua insan bertitlekan junior yang mengajar erti kehidupan. Gaya mereka, mesejku tak dibalas, panggilanku tidak dijawab. terseksa rasanya diuji sebegini. tak pe la, rela tapi bukan redha pada masa tu. tapi setelah sekian lama, aku mengerti... apa yang boleh dipelajari dari mereka ini ialah, jangan mengharap kepada sesuatu yang tak pasti... baik sangka pada semua umat sejagat... kukirimkan sayap putih untukmu adik2ku, hanya doa yang mampu kuberikan padamu... mungkin hanya itu saja... semoga bahagia kita semua buat selamanya....amin ya Rabb

Saturday, April 3, 2010

percaya diri berjaya

Assalmualaikum
kita pernah berjaya, berjaya terpilih untuk menjadi khalifah.
kita juga berjaya, berjaya mempertahankan iman dan Islam sehingga kini, alHamdulillah.
kita akan berjaya, andai akhir hayat nanti dapat mengucap LAILAHAILLALLAH.
percayalah pada kemampuan diri dan juga pada sifat pemurahnya RABBI.

Thursday, April 1, 2010

Hidup tanpa diuji???

Andai kumampu, akan kuteruskan perjuangan ini hingga ke akhirnya
Andai kumengerti, pasti ku tidak mengeluh lagi
Andai ku tak diuji, mampukah ku menilai haqiqat kemampuan diri???

Terlalu banya 'andai' sebenarnya dalam hidup ini

Aduhai hati, jangan sesekali kau mengaku kalah, jangan kau tewas dengan ujian, berjuanglah sampai ke akhirnya...kerana kau mampu laksanakan impian itu

Hidup ini satu pengembaraan menuju satu destinasi yang pasti
Kita lah pemandu itu, pandulah hidup ini dengan penuh yakin, jangan sesekali gementar
Yakin diri adalah refkesi yakin kita pada Rabbi