Sunday, February 28, 2010

Sakit Itu Kifarah Dosa

ALLAH telah berikan kita ni'mat yang pelbagai
Ramai yang menyedarinya, namun sedikit yang mensyukuri
Ni'mat sihat digunakan untuk berbuat sesuatu sesuka hati (Sepatutnya digunakan untuk buat kebaikan sahaja)
Sakit juga ni'mat jika kita menghayatinya... macammana??? dengan adanya sakit, kita selalu merasakan diri ini lemah, dan apabila lemah, kita perlukan yang kuat, yang maha kuat itulah PENCIPTA
maka ketika sakit juga lah kita rasa 'kehambaan' itu
Sakit adalah Kifarah dosa lalu (Kata Pengarah Tahsin 4)
Betul tu, kita banyak buat dosa tetapi jarang bertaubat
so, ALLAH ingin ringankan bebanan dosa kita dengan menganugerahkan sakit
Apabila sakit, sabarlah, juga kena ikhtiar, baru tawakkal
Apabila sihat, syukurlah

Thursday, February 25, 2010

Kasimu IBU & Sayangmu AYAH

Ayah??? susah untuk berbicara denganmu ayah, kerana dirimu telah pergi dari dunia yang fana ini...
Kupasti hanya di dunia kita berpisah sementara sahaja untuk hidup kekal buat selamanya di Syurga yang kekal abadi, ini doa harapanku Ya ALLAH

IBU??? Ya masih ada peluang untuk kumendapatkan kunci Syurgaku, melalui baktiku padamu ibu!!!
Ya ALLAH KAU izinkanlah aku untuk sempat berbakti pada dia yang telah banyak sangat menumpukan kasih mencurahkan sayang padaku

Kurindukan pertemuan dengan insan2 ini di alam yang kekal SANA, Amin

Sunday, February 21, 2010

Inilah yang dikatakan kasih sayang

tertanya2 kenapa diriku diuji di kala bersendirian di sini???
kenapa tidak ketika ku bersama teman seperjuangan???
seandainya aku diuji kala itu, pasti ada yang mengerti
andai kala itu diduga, mungkin mereka memahami
andai, andai dan andai lagi
bisakah kuundur??? pasti tidak
tika kubuntu, kumencari teman sejati, teman yang memahami, ada yang mengerti, ada yang memhami, syukurku padaMU YA RABBI
melalui mereka, ku tak merasa sepi, adanya mereka, hidupku lebih bahagia kini
terima kasih teman @ lebih tepat lagi adik2 pengarah tahsin 3&4, Syafinaz juga Hidayah
Ujian ini menghadiahkan kasih sayang
Doaku moga dirimu dilindungi ALLAH

Friday, February 12, 2010

Nukilan Hati tentang Couple

Duhai sahabat,
Kita punya hati, ya
jaga hati kita baik2, jangan sekali2 terfikir untuk ber'couple'
tak kira la dengan sape, sape pun, hatta ustadz ustadzah pun ada yang terjerat
Ingat sahabatku, SYAITAN ITU TERLALU LICIK TIPU DAYANYA, awas

Thursday, February 11, 2010

Satu Cerita

Seorang teman yang kukenal seketika dahulu, dia adalah seorang sahabat yang sangat memberi kesan dalam hidupku.
satu ketika, kuminta untuk berjumpa dengannya, namun dia menolak, katanya IF I DO IT, YOU WILL ASK YOURSELF TO DO IT AGAIN.
masa tu, memang amat sedih (terasa macam frust), namun selepas masa berlalu, diriku mengerti bahawa itulah yang terbaik buatku. Aku tidak sepatutnya bergantung dengan makhluq, itulah yang kudapat dari seorang sahabat, syukran Atiqah&Siti Mardhiyah dari FST.

surah palsu

Saudaraku, pernah tak kita terfikir untuk melawan sesuatu yang sememangnya tiada tandingan???
Begitulah sikap orientalis musuh Islam yang selalu ingin mencabar Islam.
1 Jan 1998, akbar Berita Harian telah melaporkan wujudnya surah2 palsu, jadi sahabatku, berhati2lah ketika melayari internet, kerana surah palsu ada di sana.
Antara surah yang direka الوصايا، الإيمان، المسلمون dan التجسد
Ingatlah sahabat, mereka kuffar tidak pernah seng hati melihat keindahan Islam.
Assalamualaikum
Selamat bersua di alam maya lagi fana ini
Apa khabar imanmu??? Opss, bukan, apa khabar imanku???
Sudah lama tiada khabar dari dalam diri, mungkin sakit dibebani dosa
Ya Salaam, selamatkanlah hati ini dari tipu daya godaan musuhMU
Wahai teman, betulkan diri, persiapkan jiwa untuk kembali ke dunia yang kekal abadi
Wassalam